Terma & Syarat
Berikut Merupakan Terma & Syarat Perjanjian Sewaan Kereta Bersama www.keretasewaraub.com (Prestasi Car Rental). Sila Pastikan Anda Faham dan Mengikut Kesemua Terma dan Syarat Yang Dinyatakan.
Tempoh & Waktu Sewaan
Tempoh minimum sewa kereta adalah 24 jam, walaubagaimana tempoh sewaan 12 Jam juga disediakan memandangkan kawasan sewaan merupakan kawasan institusi pengajian tinggi dan Penyewa terdiri dari kalangan pelajar. Terdapat juga pakej sewaan 3 Hari, 7 Hari dan 30 Hari mengikut permintaan pelanggan. Harga sewaan yang dinyatakan di dalam tempahan online website berdasarkan kiraan 1 hari (24 Jam).
Dokumen yang Perlu Disediakan oleh Penyewa
- Salinan MyKad bakal penyewa kereta
- Salinan Lesen Memandu penyewa yang sah dan belum expired
- Salinan bil utiliti yang terkini rumah penyewa (contoh: Astro, TNB, dll)
- Kad Pelajar sekiranya penyewa seorang pelajar
- Kad Pekerja / Slip Gaji Terkini bagi yang Bekerja
- Kad Perniagaan (Business Card) bagi yang berkerja sendiri
Mohon sediakan 1 salinan bagi setiap dokumen yang dinyatakan dan perlu diserahkan ketika mengambil kenderaan
Pembayaran
- Jumlah keseluruhan kadar sewa termasuk dengan Security Deposit perlu dijelaskan sebelum/ketika mengambil kereta sewa samaada melalui online banking ataupun secara Cash On Delivery (COD).
- Kadar bayaran Security Deposit bergantung kepada jenis kereta sewa & masa/tempoh penyewaan. Semua wang Security Deposit akan dipulangkan kembali kepada penyewa apabila kereta sewa dipulangkan kepada kami dalam keadaan yang baik dan bebas daripada saman trafik/bandaran.
- Sekiranya penyewa ingin menempah awal kereta sewa untuk tarikh yang tertentu, penyewa perlu ‘bank-in’ minimum RM100 sebagai booking fee ataupun “tanda jadi”. Jumlah ‘booking fee’ ini adalah bergantung kepada jenis kereta sewa dan tempoh sewa.
- Untuk meneruskan tempahan kereta sewa, tempoh minimum penyewaan adalah:
- 2 hari pada hari selain cuti umum.
- Dan minimum tempoh sewaan berbeza pada hari perayaan dan cuti sekolah.
- Sekiranya kereta sewa lambat dihantar, setiap jam yang berikutnya akan dicas minimum RM10/jam (bergantung kepada jenis kereta). Bagi mengelakkan anda dikenakan cas sewaan pada kadar yang tinggi sila hubungi kami sebelum tamat tempoh penyewaan.
Syarat Pemandu yang Menyewa Kereta
- Mesti mempunyai lesen memandu Malaysia Kelas D yang sah dan masih belum tamat tempoh.
- Sihat tubuh badan dan waras akal fikirannya.
- MESTI hadirkan diri ketika mengambil kereta sewa untuk tandatangan borang perjanjian.
Saman dan Lain-Lain Bayaran
- Penyewa bertanggungjawab sepenuhnya di atas setiap saman yang terhasil sepanjang tempoh penyewaan seperti saman trafik, PDRM, Majlis Bandaraya (PBT)
- Penyewa bertanggungjawab membuat kesemua bayaran parking dan mematuhi syarat-syarat larangan parking di kesemua tempat yang ditujui.
Kadar Harga Penghantaran dan Ambil Kereta Sewa
- Sekiranya penyewa ingin khidmat penghantaran/ambil kereta sewa, cas akan dikenakan dan jumlahnya adalah bergantung kepada lokasi.
- Anda tidak dikenakan caj bagi pengambilan kereta di sekirat Bandar Raub seperti yang disenaraikan di dalam sistem tempahan.
- Khidmat penghantaran/ambil kereta sewa melebihi 10 KM dari Bandar Raub akan dikenakan caj RM1.50 / KM.
- Khidmat penghantaran/ambil kereta sewa SEBELUM JAM 8 PAGI & SELEPAS JAM 8 MALAM akan dikenakan caj RM10.
Syarat & Larangan Ketika Menyewa Kereta
- Dilarang untuk melakukan aktiviti jenayah atau melanggar undang-undang negara Malaysia. Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.
- Dilarang mengubah suai keadaan kenderaan dan mencuri aksesori kereta yang disewa. Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.
- Dilarang membawa buah/bahan yang berbau kuat seperti durian dan cempedak. Jika ingkar RM30 akan dipotong daripada Security Deposit untuk proses mencuci.
- Dilarang menyewakan/meminjamkan kereta sewa kepada orang lain (Sublet).
- Dilarang memandu kereta sewa keluar daripada Semenanjung Malaysia.
- Sekiranya berlaku kerosakan pada kereta disebabkan kecuaian penyewa di dalam tempoh penyewaan, cas minimum (RM50) atau maksimum (RM2000) akan dikenakan kepada penyewa dan nilai bergantung kepada jenis dan tahap kerosakan. Sekiranya berlaku kerosakan teknikal seperti bateri habis atau radiator panas, kami akan menggantikan dengan kereta lain jika ada atau memulangkan wang anda kembali.
- Dilarang menggunakan kereta sewa bagi tujuan e-hailing seperti Grab, MyCar dan lain-lain perkhidmatan e-Hailing.
- Dilarang menggunakan kereta sewa bagi tujuan pindah barang yang melebihi muatan.
- Dilarang menggunakan kereta sewa bagi tujuan pengangkutan barangan pertanian, basah atau perikanan.
* Sekiranya anda menempah kereta daripada kami maka kami beranggapan anda sudah memahami dan bersetuju dengan syarat dan terma ini.